Followers

Monday, July 12, 2010

FRUITIES



SALAM SEJAHTERA kepada semua, sbenarnya Kak Erra wat design yg cukup digemari zaman ini..(Raya tahun ini lar kowt). Hai parah juga nak siapkan bj ni. Macam lipas kudung akak dok tikam-tikam. Bila pass kat tuannya..'Lawa..simple,sweet' Komennya. Lega akak, memang ramai yg menempah semuanya memberikan reaksi positif..lagilah akak 'giler' menikam ni....

Chop..chop nak bersara dah..nak berenti utk wat kueh raya (special Tart Nenas), takut nanti rumah kena bakar dek customer tak dpt kue Tart ni...

Jom layan photo ni...

Tuesday, July 6, 2010

ALSTROMERIA- BUNGA PADI





SEJAHTERA hendaknya teristimewa kpd semua pengunjung2 ERRAMANIK. Ramadhan semakin hampir maka Kak Erra pon makin tak lelap tidur. Jom kita sama-sama tgk koleksi ALSTROMERIA. NORA..semuga berpuashati..dah boleh raya dah ni..hik,hik..

Sunday, July 4, 2010

DAPAT KIRIMAN


TEMPAHAN TELAH DITUTUP! tp pg ni Kak Erra terima ni...

MINI MANJALARA



SALAM...memang Kak Erra memilih design yg simple kerana kesuntukan masa. Tuan punya bj ini sebenarnya kakak kpd teman baik Kak Erra yg telah menempah RED Manjalara. Satu keluarga sedondon merah untuk tema perkhawinan anak saudara.

HIGHLIGHT -FLORAL PAKIS





KOLEKSI ini hanya kat bahagian bawah baju dan lengan. Tuannya hanya menyerahkan kpd ERRAMANIK untuk memperindahkan sesuai dgn hari persandingan anak perempuannya.

BAJU PENGANTIN





SALAM mesra utk semua pengunjung ERRAMANIK. Selamat berhari Minggu. Kesempatan ini juga Kak Erra ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru utk tuan punya baju ni. Pohon kemaafan kerana Kak Erra tidak dpt sama2 memeriah majlis hari ini.

Terima kasih kerana sudi menjemput. Sama2 kita tgk bj yg Kak Erra telah 'pre' masa tu lom siap sepenuhnya.

Saturday, July 3, 2010

RED MANJALARA



KOLEKSI utk tontonan seterusnya...design MANJALARA. TerUJA betol bila terima bj plain ni. Kak Erra dan pemilik baju (teman baik)telah bersetuju nak design ini. Paling Akak suka tang lengan tu.....tomei jer. Dier tempah sedondon "merah' ngan tudung dari 'ZAFEERA BOUTIQUE'my SIL.